Tuesday, 22 May 2012

Tips perkahwinan | 5 bulan sebelum majlis

www.tips-fb.com Posted by Lavienda Vienna at 06:14
sambungan dari post yang terdahulu, kali ni cik honey nak kongsikan
tips yang perlu dibuat 5 bulan sebelum hari bahagia menjelma

* Tentukan semua kelengkapan perkahwinan (kad undangan, kek perkahwinan, bunga tangan, jurugambar, jurusolek dan lain-lain)

* selesaikan semua urusan persandingan
  •  Sila bayar deposit, tak kiralah deposit katering, khemah, jurugambar, mak andam, dewan dan segala apa yang perlu dibayar.
  •  kemudian pergi pilih baju dan kelengkapan persandingan. Perlu pilih awal agar baju yang korang nak tu tidak dipakai oleh pengantin lain. kalau nak tempah baju baru pun amik masa juga.
* Menghubungi kadi dan pejabat agama Islam untuk urusan- urusan borang dan pernikahan. kalau sesetengah negeri perlukan ujian HIV dan sebagainya

* Kenalpasti danMenghubungi saksi pernikahan. samada pak sedara ke sepupu atau saudara terdekat

* Membuat rawatan spa. yang ni untuk membuang daki-daki dan menghaluskan kulit. Seeloknya ambillah pakej untuk bakal pengantin, kerana rawatannya lebih menyeluruh
sekian..tunggu tips seterusnya..

0 comments:

Post a Comment

 

semuanya @ Mykawin Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting