Cik honey yakin semua pengantin nak nampak berseri, segar dan wajah sejernih embun pagi semasa majlis perkahwinan mereka. selain dari menjaga tidur, rehat yang cukup, minum banyak air masak.
Cik honey nak kongsi beberapa tips dan petua berguna buat bakal pengantin
1. rebus segenggam daun inai hingga air bertukar kemerahan, cuci muka menggunakan rebusan air daun inai tersebut, ingat jangan cuci time panas tu tunggulah sampai sejuk, sebelum tu selawat 3 kali, amalkan selama tiga malam berturut-turut dan lihat hasilnya
2. Hiris timun dan tomato nipis-nipis kemudian tampal kat muka macam pakai masker, biarkan 10 minit kemudia cuci. Ia dapat menegang dan melembapkan kulit
3. Rendam serbuk teh semalaman, keesokan pagi lumur keseluruh muka biarkan selama 10 minit kemudia cuci, kulit wajah yang kasar akan menjadi lembut dan halus
4. rendam kacang soya, kisar kemudian didihkan, letak didihan air soya dalam bekas kemudian wapkan pada muka, buat sekerap mungkin untuk kulit halus dan cerah.
5.goreng secawan beras hinggan kekuningan kemudian kisar, campur putih telur, perahan limau nipis dan sesudu teh air kunyit.tepek pada muka kemudian sental seperti memakai scrub.
sumber ;http://www.petuanenek.com